Monday, May 21, 2012

sekolah kehidupan.



2 3 hari ini. terasa rindu betul dengan sekolah lama. MRSM. (ni semua gara gara has *budak excell* yang baru nak add aku dekat facebook setelah 4 tahun habis sekolah -_-')


dekat MRSM, kami di bahagi bahagikan kedalam beberapa kumpulan kecil. GROUP EXCELL AG nama dia. lebih kurang dalam 5 orang. dalam kelas, dalam lab, kami akan duduk di dalam group. hakikatnya, hampir semua benda akan dibuat dalam group. experiment, homework, study group. semua lah. kalau ada yang tak faham, dalam prep kami akan bincang sama2. kalau tak faham jugak. sama sama tanya cikgu. kalau rajin sikit, hujung minggu kami buat study group sama sama. ok itu sangat rare, selalunya memang tak rajin. ehe. time tu, memang rasa muak pun tengok muka orang sama (kecuali has). lagi lagi yang set set annoying pagi petang siang malam cari gaduh T__T 


waktu awal awal masuk MRSM, kami akan dapat satu 'keluarga'. kami panggil sistem Homeroom. nanti akan ada satu cikgu yang jaga setiap kumpulan. dan cikgu homeroom aku, sangat best. selalu kalau aku homesick (memang selalu pun) aku selalu lepak dekat bilik guru. duduk dekat lantai sebelah meja cikgu. kat situ tersorok. nak nangis pun takde sape nampak. cikgu lah yang selalu bagi semangat. <3


kat MRSM lah aku belajar untuk bergaul. kawan dengan macam macam jenis orang. ada yang cakap kelantan pekat sampai sepatah haram pun aku tak faham. bila dia buat lawak aku ternganga, bila aku buat lawak. dia pandang hambar, aku sorang je faham -__-'. ada yang tak suka makan dekat dewan makan, makan biskut je setiap hari. ada yang kuat tidur, payah betul nak kejut bangun. ada yang kuat stay up, setiap malam tidur 2 3 pagi. ada yang bijok, selalu dalam top 3 dalam maktab. ada yang kuat homesick. sebijik macam aku. haha. tapi tak tahu kenapa. semua mampu get along. semua cuba untuk terima satu sama lain.


dan dalam 2 tahun itu lah, aku belajar untuk give and take. tak sama pendapat tak bermakna tak boleh bersama. aku belajar walaupun kami berlatar belakangkan keluarga dan sekolah yang berbeza sebelum ini, kami masih mampu hidup bahagia di sana. serius walaupun tak nafikan aku sangat stress dengan homework yang sangat banyak dan exam yang sangat kerap dan LDP (lembaga disiplin pelajar) yang sedikit annoying (ok gurau gurau), kawan kawan dan cikgu cikgu la yang buat kehidupan kat sekolah tu sangat indah. semua sangat supportive. terharu :')


kenangan kenangan manis itu agaknya yang buat aku tak jemu melawat sekolah setiap kali cuti balik malaysia.




ntah kenapa. aku rindu sangat dengan suasana SALING itu. 


sebab tu budak jarang jarang ada hypertension! -_-

Monday, May 14, 2012

patient



Correct direction is not attained except with patience.

Please be patient.





..........

Sunday, May 13, 2012

review

bila review blog post zaman awal awal blogging dulu. tahun 2007. rasa macam,


APA AKU MEREPEK SANGAT SELAMA 6 TAHUN AKU BLOG NIH!


loye tekak pun ada. tolong lah 6 tahun akan datang, mintak mintak jangan lah ada perasaan macam ni lagi bila baca post hari ini.




urgh. frust betul lah dengan diri sendiri.









benarlah, masa berlalu takkan kembali.
sekali pun menyesal sepenuh hati.

err 6 tahun lagi kalau terbaca post ni. kalau rasa nak muntah jugak. berhenti jela blogging. serius.

nasib baik dah private semua post post tak berapa nak matang tu T__T

Tuesday, May 8, 2012

permintaan





bestnya kalau tiba tiba dapat tiket flight ke mana2 negara. cukup lah dalam 2 3 minggu. lari dari sesak manusia. cuma aku dan camera.


bestnya!!


Allahumma amin!

Saturday, May 5, 2012

bangkit dari lena



malam itu kami bertolak dari irbid lebih kurang pukul 9.15 malam. aku sedikit resah kerana agak terlewat. seharusnya kami tiba di lapangan terbang pada jam 11 malam. tapi aku yakin, insyaAllah sempat saja. 


mula perjalanan aku cuba menselesakan diri. kadang2 sembang dengan akhawat yang berada di sebelah kanan aku. zizi di sebelah kiri memang awal awal lagi dah lentok kepala. mengantuk setiap masa!


setelah hampir 45 minit perjalanan, aku terima sms dari ayah. ayah sudah sampai kuwait katanya. aku reply mengatakan kami pun sudah bertolak ke lapangan terbang. ayah lega. takut benar dia kalau kami terlupa atau terlambat.


macam macam ayah pesan. "pastikan pasport zizi ada." "tunggu sampai dia check in selamat semua baru awak balik irbid" "jangan lupa pesan zizi jaga beg semua."


belum sempat aku reply, tiba tiba.


kereta hilang control. kejap ke kanan, kejap ke kiri. aku pandang ke pemandu, tidak, dia tidak tidur. aku keliru, apa yang sebenarnya berlaku?


tiba tiba kereta melanggar divider. terheret. aku tak mampu lagi membuka mata. semuanya sepi.


kereta mula terbalik balik. semakin kuat aku pejamkan mata. kepala mula terasa sakit. mulut terkunci tapi hati berbicara.


"mungkinkah detik ini ajalku tiba?"


kereta mula berhenti dan terhenti dalam kedudukan asal. aku masih tidak berani membuka mata. cuma terkumat kamit kerana kepala aku tersangat sakit ketika itu. kedengaran suara syabab di hadapan.


"semua orang ok ke? ade cedera ke? eh bau minyak? keluar semua keluar! cepat cepat!" 


baru tersentak aku ketika itu. Allah, aku masih bernyawa! aku segera pandang ke kanan dan ke kiri. ahamdulillah semua tidak ada apa2. akhawat di sebelah kanan terus keluar dari kereta. aku ikut di belakangnya.


keluar keluar, terduduk sebentar. terasa kepala sangat sakit dan pening. kelihatan ramai arab yang membantu kami semua. ada yang hulurkan air, yang lain semua mengucapkan, "alhamdulillah 'alassalamah.." -alhamdulillah atas keselematan/kesejahteraan.


tiba tiba teringatkan zizi. terus aku pergi ke arah dia. check kepala. takut takut ada pendarahan. cuma hanya tangan sedikit terluka kerana kaca2 cermin yang pecah dari pelbagai arah.


aku ke pergi ke arah kereta semula. beg dan desy aku masih di dalam bonet kereta. tapi di halang oleh arab2 yang berada di sekeliling. bahaya kerana minyak bocor dari tangki. aku terduduk semula. pening yang teramat.


akhawat yang menemani tadi datang semula. 


"bibot ok?"
"ok. izzah ok? ana pening sangat. sakit."
"ok je. sakit jugak. bibot.."
"ye?"
"jangan nangis tau.."
"tak lah."


saat itu aku bersyukur ada dia. kalau lah aku seorang. pasti tumpah juga air mata.


tiba tiba terima sms dari ayah.


"kami dah masuk flight. take care you both. nanti zizi dah lepas masuk plane, inform kat abang ok."


"ok ayah."


sengaja aku diamkan. takut takut ayah tak jadi pulang ke malaysia. parok jugak nanti.


tak lama selepas itu, kereta polis pun tiba. kami dibawa ke stesen polis berdekatan. selesai urusan saman dan report. kami di ambil oleh ustaz sofee. aku di bawa ke King Abdullah University Hospital untuk pemeriksaan kepala. 


selepas CT scan dan X-ray, dr mengesahkan normal. cuma bengkak sahaja.


lega.


hingga hari ini. aku tak percaya aku masih bernyawa. 


tapi aku bersyukur. Allah beri aku peluang kedua.


alhamdulillah.




labibah,
23/3/2012




p/s : doakan exam final saya bermula esok! :)

Wednesday, May 2, 2012

turn back



selalu selalu toleh 'belakang'. takut takut tak jumpa 'jalan pulang'.

ya. kita memang pendosa.
tapi rahmat Nya,
tak pernah tertutup untuk kita.
mengapa kita ragu untuk kembali padaNya?



p/s : turn back ke turning back ntah?
buruk bena dah bahasa orang puteh aku sekarang. T__T

Monday, April 30, 2012

yang mana satu?

antara 



atau,





atau kedua-duanya serentak?
tapi apa kaitan antara keduanya.


pening.

siapa nak jawabkan?